Followers

Monday, February 6, 2012

Tentang Perasaan Ku.....

 
Pertemuan kita tanpa dirancang
Pertemuan kita tanpa sengaja
Pertemuan kita hanya satu kebetulan....
Atau mungkinkah pertemuan kita sudah suratan...
 
Aku bersyukur dipertemukan
Aku bahagia mengenali mu
Aku gembira wujudnya persahabatan ini
Walaupun jauh di sudut hati....
Aku menangis....
Aku merintih...
 
Kita punya rasa yang sama
Kita punya cita rasa yang sama
Kita punya cara yang sama
Kita punya gerak hati yang sama
 
Kau dan aku
Seakan dicipta untuk hidup bersama
Namun aku Redha...
Kau dan aku tak mungkin
bersama melainkan hanya sebagai sahabat....
 
Perjalanan hidup mesti diteruskan
Pertemuan kita dulu adalah takdir-NYA
Kini secara kebetulan kita dipertemukan semula...
Semuanya atas kehendak-NYA
 
 Selamanya nama mu tetap di hatiku...
di tempat yang sangat istimewa di htiku...
 
###luahan rasa yang ikhlas dan tulus dari hati seorang insan bergelar  wanita###
 
 

Saturday, February 4, 2012

Salahkah Aku.....?




Salahkah Aku.....?
Jatuh Cinta Dengannya
Salahkah Aku.....?
Menyayangi dan Merindui Dirinya
Salahkah Aku.....?
Andai Ditakdir Kami Ada Jodoh
Salahkah Aku.....?
Andainya Berkongsi Kasih

ARRGHHH.....!!!
Kejamnya Rasa Ini
Tapi Bukan Kehendak Aku
Memendam Rasa Dengannya
yang Sudah pun Menjadi Milik Orang
Bukan Kehendak Aku
Ini Semua Terjadi
Apa pula Tanggapan Orang...??
Memang Sah Aku yang di Persalahkan
Perampas Suami Orang!
Pemusnah RumahTangga Orang!

Huuuhhh....
Langit tak Selamanya Cerah
Laut tak Selamanya Tenang

Atau.......???
Mungkin Lebih Baik Aku Undur Diri Saja...?
Biarlah Rasa Ini Pergi
Perlahan-lahan Dari Hidupku
Selama 6 tahun lalu
Ku Pendam Rasa Ini
Dan Selepas 6 tahun 
diPertemukan semula

Hmmm....
Yakinlah Allah Sentiasa Bersama
Mereka yang Sabar Menghadapi Ujian-NYA
Pasti Akan Ada Hikmah
diSebalik Semua Ini......

Semoga Bahagia Itu Milikku
.....AMIN.....







Friday, January 27, 2012

SELAMI LELAKI : Bila Si Dia......


Bila si dia.....

1. .....busy
jangan kamu terhegeh2 meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu p shopping...;)

2. .....Ego
* jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini menguasai dirinya. Lelaki amat payah untuk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. .....Romantik
* Ajaklah si dia bersiar2 di tepi pantai atau makan malam yang romantis sambil mengenangi saat2 manis pertemuan pertama dan jangan lupa untuk selitkan sekali perancangan untuk masa depan bersama.


4. .....Panas baran
* Jangan membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Sebaiknya kamu berdiam diri sahaja ssehingga kemarahannya reda.

5. .....Penat
* Jangan mengadu perkara @ bercerita tentang hal2 yang remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yang secukupnya dan jangan memaksia dia membuat sesuatu yg boleh menambahkan kepenatannya.

6. .....pentingkan diri sendiri
* Cuba kamu berterus terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Toleransi amat penting dalam sesebuah perhubungan. 

7. .....mengongkong
* Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut sahaja cakapnya takut memudaratkan diri sendiri. Untuk itu kamu perlu berkata kepadanya untuk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejaskan hubungan kamu berdua.

8. .....selamba
* Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yang boleh menarik perhatiannya. Orang selamba ini selalunya ingin kita yang memulakan dahulu. So, kamu patut merancang sesuatu bagaimana untuk menarik perhatiannya.

9. .....Curang
* Jangan tuduh tanpa usul periksa. Jika betul si dia curang, bersemuka dan tanya mengapa dia bersikap sebegitu. Tapi jika dia tetap dengan keputusannya, lebih baik kamu sendiri yang berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati. 

10. .....lurus bendul
* Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jangan sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan orang lain.






10 JENIS CINTA.....

1. Cinta Sayang

Bermula dengan jalinan persahabatan yang cenderung kepada 
ambil berat dan timbul perasaan sayang dalam hubungan yang akrab. 
Bicara dengan orang yang dia merasa senang atau disukai, 
atau bertukar2 kisah peribadi untuk dikongsi bersama. 
Hubungan semacam ini yg mengandungi unsur akrab, nafsu dan jalinan yg kuat. Cinta ini ramai tidak sedari, kerana ia lahir secara 
tiba2.


2. Cinta Buta

Jenis cinta ini dikuasai oleh nafsu berahi. 
Tiada ikatan keakraban atau jalinan yang akrab. Banyak depengaruhi oleh dorongan nafsu atau keinginan untuk memiliki secara dasar sahaja. 
Di lubuk hati masih lagi dalam curiga antara hendak atau tidak. 
Cinta ini tidak kekal lama kerana hanya pada zahir sahaja dia suka, tetapi batinnya menolak untuk terus bersama.


3. Cinta Simpati

Cinta ini lahir dari perasaan simpati semata-mata tanpa mendalami perasaan pasangan yang dicintainya. 
Ada juga disebabkan desakan atau perasaan simpati. 
Cinta ini amat sukar untuk diketahui  sejauh mana kekalnya pasangan bercinta. Apa pun, elakkan dari cinta ini kerana ianya hanya bersifat sementara.


4. Cinta Paras Rupa

Cinta jenis ini hanya meminati seseorang hanya kerana paras rupa sahaja. Cinta ini hanya pada dasar sahaja tanpa menyelami hati budi secara dalaman.
Zahir dan batin tidak akan sama, mungkin cantik di luar tetapi busuk di dalam. Oleh itu, jangan mudah membuat andaian secara luaran. 
Perlu selami hati budi dan nilai sejauh mana keikhlasan cintanya.

5. Cinta Romantik

Jalinan cinta ini adalah gabungan dari sifat akrab dan kasih sayang.
 Menyintai pasangan sepenuh hati dan tidak didorong oleh nafsu. 
Cinta ini cenderung dalam penyampaian perbuatan atau sikap prihatin dan ambil berat. Cinta ini unik kerana gabungan dari perasaan dan perbuatan sebagai tempat untuk meluahkan cintanya.


6. Cinta Nafsu

Cinta ini hanya dikawal atau didorong oleh perasaan nafsu berahi.
 Meminati pasangan lebih kepada tubuh badan berbanding untuk menikmati cinta dan perasaannya yang sebenarnya.
 Cinta ini tidak lama, selepas dapat apa yang dihajati, pasangan ditinggalkan. Cinta jenis ini amat mudah dikenali, yang pada kebiasaannya lebih ditunjukkan dengan perbuatan sumbang tanpa kerelaan atau kebenaran pasangannya.


7. Cinta Materialistik

Cinta ini juga dikenali sebagai cinta harta benda. 
Cinta lebih kepada duit@wang/kedudukan/taraf individu itu. Tidak ikhlas dan tiada jalinan persahabatan yang akrab. 
Cinta ini penuh kepuraan atau lakonan hanya sekadar dapat memenuhi keinginan untuk mendapatkan sesuatu yang dia tidak mampu. 


8. Cinta Biasan

Cinta ini juga dikenali sebagai cinta paksaan. 
Terpaksa minati pasangannya tanpa jalinan keakraban atau perasaan ikhlas untuk menerima pasangan sepenuh hati.
 Atas desakan atau paksaan, maka mereka teruskan hidup bersama. 
Akibatnya pasangan akan merana dan terseksa zahir dan batin. 
Ada pasangan yang berjaya ubah perasaannya dan ada juga pasangan yang sebaliknya.


9. Cinta Kecundang

Cinta ini ada unsur jalinan tetapi tanpa keakraban dan nafsu berahi, maka terjadilah cinta hampa atau cinta kecundang. Biasanya terjadi pada pasangan yang tidak mahu memahami atau menerima pasangan mereka secara rasional. Lebih banyak dikuasai oleh sifat tidak puas hati terhadap pasangan yang dikenali. 


10. Cinta Sempurna

Cinta ini amat sukar dicari.
 Terlalu sempurna dalam penerimaan pasangannya.
 Gabungan perasaan dan fikiran yang rasional, memberikan kesan cinta yang menarik. Insan ini cenderung dalam membelai, menyayangi, menghargai dan menghormati pasangannya.
 Cinta ini disampaikan dengan perbuatan dan perasaan yang ikhlas.


GAMBAR SEKADAR ILUSTRASI SAHAJA, TIADA KENA MENGENA K...


Thursday, January 26, 2012

Ayuh Pakai Blusher...!


assha blog2u nak share pemerah pp mana yg sesuai mengikut warna kulit anda...

Jika warna kulit anda: 

PUTIH GEBU

Untungnya mempunyai kulit cerah kan? 
pemilihan warna merah jambu@pink amat sesuai kerana ia menyerlahkan lagi kulit wajah anda. 
Tetapi jika anda berminat untuk memilih warna semulajadi seperti coklat, 
lebih sesuai jika anda campurkan sedikit dengan pemerah pp warna pink. 
'coz kalau korg just pakai blusher warna coklat, 
ia akan membuatkan wajah kamu cengkung like 'zombie'! ;)



SAWO MATANG

Warna kulit wanita Melayu...:) warna yg sesuai dgn anda adalah coklat jingga. Namun anda masih boleh memilih untuk memakai pemerah pp merah jambu, tetapi sebaiknya anda campurkan sedikit dengan warna jingga. Ia akan kelihatan lebih natural dan cantik.

HITAM MANIS

Actly, mempunyai kulit hitam manis juga ada baiknya. Tidak perlu merasa rendah diri kerana dengan pemilihan warna yang sesuai mampu membuatkan wajah anda cantik dan menyerlah serinya. Pemerah pp yg sesuai dengan c hitam manis adalah dari rona jingga keemasan atau coklat, amat sesuai untuk anda. Anda tidak perlu gusar untuk mengoleskan warna pp ini kerana ia mmg sesuai untuk anda. Untuk lebih manis dan girlish, mix dengan sedikit warna pink dgn pemerah pp yg sedia ada. 

Cinta Dan Perkahwinana


 Ramai orang yg hidup di dunia ini inginkan percintaan yang mereka alami itu berakhir dengan sebuah perkahwinan. tetapi kadang kala percintaan tidak sampai kepenghujungnya. Putus di tengan jalan. Pun begitu ramai yang tidak tahu makna cinta dan perkahwinan.


Makna cinta dan perkahwinan begitu indah sekali. Meh kita hayati story kt bwh ni...('',) assha blog2u ambik dari majalah PEREMPUAN, nk share ngan korg smua...

Suatu ketika Plato terlibat dalam perbincangan dgn gurunya...Plato bertanyakan makna cinta dan gurunya pun menjawab...

"Masuklah ke dalam hutan, pilih dan ambillah 1 ranting yg menurut mu paling baik, 
tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang. 
Pada saat kau sdh memutuskan pilihan mu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut".

Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluar semula  tanpa membawa sebatang ranting pun. Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato:
" Saya sebenarnya sudah menemui ranting yang bagus, 
tetapi saya berfikir mungkin di depan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan ternyata ranting yang saya telah tinggalkan tadilah yang terbaik. 
Maka saya keluar dari hutan tanpa membawa apa-apa".

Guru itu pun berkata:
"Itulah cinta"
Lalu Plato pun bertanya  apakah makna perkahwinan. 
Guru pun menjawab:
"Sama seperti ranting tadi, namun kali ini engkau haruslah membawa
 1 pohon yang kau fikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan".

Maka masuklan Plato ke dalam hutan dan keluar dengan membawa pohon yang tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu indah.

Guru pun bertanya, maka jawab Plato:
"Saya bertemu pohon yang indah daunnya, besar batangnya...
tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah  saya tak mampu membawanya keluar dari dalam hutan...akhirnya saya tinggalkannya. 
Kemudian saya menemui pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya fikir mampu membawanya kerana mungkin saya tidak akan menemui pohon seperti itu di depan sana. 
Akhirnya saya pilih pohon ini kerana yakin mampu merawatnya dan menjadikannya indah".

Lalu guru tersebut berkata:
"Itulah makna perkahwianan"
Begitu banyak pilihan didepan kita seperti pohon-pohon berserta rantingnya di dalam hutan, 
tapi kita mesti menentukan 1 pilihan dan apabila terlalu memilih, 
tidak satupun akan kita dapati, 
kerana kesempatan itu hanya sekali dan kita harus terus maju seperti waktu yang beredar 
ke depan yang tidak pernah tersimpan pada hari semalam, kelmarin atau bersemayam pada masa lalu kita.

Wednesday, January 25, 2012

Tips Ringkas Bertudung


Hello smua...assha blog2u nak share beberapa tips ringkas gaya tudung untuk mereka yang bertudung. 

1. Pilih kain tudung yang sesuai dan selesa dipakai.
2. Pastikan saiz tudung sesuai dengan bentuk wajah.
3. Pemilihan warna tudung perlulah bersesuaian dengan usia, penampilan, acara atau majlis yang ingin dihadiri.
4. Jika memilih corak tudung yang berbunga, jangan campur adukkan dengan baju dengan baju yang bercorak kontras.
5. Bagi mereka yang berumur 30 tahun dan ke atas, perlu memilih pakaian yang menampilkan keterampilan mereka terutamanya yang mempunyai kerjaya.
6. Pilih kerongsang yang selesa dipakai dan menyerlah sebagai hiasan
7. Wanita yang berbadan besar elakkan menggunakan kerongsang besar, jika mahu carilah kerongsang yang berbentuk panjang.
8. Pilihan tudung yang tepat adalah dengan memilih warna tanah pada baju untuk dijadikan warna tudung. Jika warna baju cerah, pilih warna tudung yang lembut daripada kategori yang sama. Jika warna tanah baju gelap atau suram, pilih warna paling lembut yang terdapat pada baju.
Copyright@assha84