Followers

Friday, January 27, 2012


10 JENIS CINTA.....

1. Cinta Sayang

Bermula dengan jalinan persahabatan yang cenderung kepada 
ambil berat dan timbul perasaan sayang dalam hubungan yang akrab. 
Bicara dengan orang yang dia merasa senang atau disukai, 
atau bertukar2 kisah peribadi untuk dikongsi bersama. 
Hubungan semacam ini yg mengandungi unsur akrab, nafsu dan jalinan yg kuat. Cinta ini ramai tidak sedari, kerana ia lahir secara 
tiba2.


2. Cinta Buta

Jenis cinta ini dikuasai oleh nafsu berahi. 
Tiada ikatan keakraban atau jalinan yang akrab. Banyak depengaruhi oleh dorongan nafsu atau keinginan untuk memiliki secara dasar sahaja. 
Di lubuk hati masih lagi dalam curiga antara hendak atau tidak. 
Cinta ini tidak kekal lama kerana hanya pada zahir sahaja dia suka, tetapi batinnya menolak untuk terus bersama.


3. Cinta Simpati

Cinta ini lahir dari perasaan simpati semata-mata tanpa mendalami perasaan pasangan yang dicintainya. 
Ada juga disebabkan desakan atau perasaan simpati. 
Cinta ini amat sukar untuk diketahui  sejauh mana kekalnya pasangan bercinta. Apa pun, elakkan dari cinta ini kerana ianya hanya bersifat sementara.


4. Cinta Paras Rupa

Cinta jenis ini hanya meminati seseorang hanya kerana paras rupa sahaja. Cinta ini hanya pada dasar sahaja tanpa menyelami hati budi secara dalaman.
Zahir dan batin tidak akan sama, mungkin cantik di luar tetapi busuk di dalam. Oleh itu, jangan mudah membuat andaian secara luaran. 
Perlu selami hati budi dan nilai sejauh mana keikhlasan cintanya.

5. Cinta Romantik

Jalinan cinta ini adalah gabungan dari sifat akrab dan kasih sayang.
 Menyintai pasangan sepenuh hati dan tidak didorong oleh nafsu. 
Cinta ini cenderung dalam penyampaian perbuatan atau sikap prihatin dan ambil berat. Cinta ini unik kerana gabungan dari perasaan dan perbuatan sebagai tempat untuk meluahkan cintanya.


6. Cinta Nafsu

Cinta ini hanya dikawal atau didorong oleh perasaan nafsu berahi.
 Meminati pasangan lebih kepada tubuh badan berbanding untuk menikmati cinta dan perasaannya yang sebenarnya.
 Cinta ini tidak lama, selepas dapat apa yang dihajati, pasangan ditinggalkan. Cinta jenis ini amat mudah dikenali, yang pada kebiasaannya lebih ditunjukkan dengan perbuatan sumbang tanpa kerelaan atau kebenaran pasangannya.


7. Cinta Materialistik

Cinta ini juga dikenali sebagai cinta harta benda. 
Cinta lebih kepada duit@wang/kedudukan/taraf individu itu. Tidak ikhlas dan tiada jalinan persahabatan yang akrab. 
Cinta ini penuh kepuraan atau lakonan hanya sekadar dapat memenuhi keinginan untuk mendapatkan sesuatu yang dia tidak mampu. 


8. Cinta Biasan

Cinta ini juga dikenali sebagai cinta paksaan. 
Terpaksa minati pasangannya tanpa jalinan keakraban atau perasaan ikhlas untuk menerima pasangan sepenuh hati.
 Atas desakan atau paksaan, maka mereka teruskan hidup bersama. 
Akibatnya pasangan akan merana dan terseksa zahir dan batin. 
Ada pasangan yang berjaya ubah perasaannya dan ada juga pasangan yang sebaliknya.


9. Cinta Kecundang

Cinta ini ada unsur jalinan tetapi tanpa keakraban dan nafsu berahi, maka terjadilah cinta hampa atau cinta kecundang. Biasanya terjadi pada pasangan yang tidak mahu memahami atau menerima pasangan mereka secara rasional. Lebih banyak dikuasai oleh sifat tidak puas hati terhadap pasangan yang dikenali. 


10. Cinta Sempurna

Cinta ini amat sukar dicari.
 Terlalu sempurna dalam penerimaan pasangannya.
 Gabungan perasaan dan fikiran yang rasional, memberikan kesan cinta yang menarik. Insan ini cenderung dalam membelai, menyayangi, menghargai dan menghormati pasangannya.
 Cinta ini disampaikan dengan perbuatan dan perasaan yang ikhlas.


GAMBAR SEKADAR ILUSTRASI SAHAJA, TIADA KENA MENGENA K...


0 comments:

Post a Comment

Copyright@assha84