Followers

Friday, January 27, 2012

SELAMI LELAKI : Bila Si Dia......


Bila si dia.....

1. .....busy
jangan kamu terhegeh2 meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu p shopping...;)

2. .....Ego
* jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini menguasai dirinya. Lelaki amat payah untuk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. .....Romantik
* Ajaklah si dia bersiar2 di tepi pantai atau makan malam yang romantis sambil mengenangi saat2 manis pertemuan pertama dan jangan lupa untuk selitkan sekali perancangan untuk masa depan bersama.


4. .....Panas baran
* Jangan membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Sebaiknya kamu berdiam diri sahaja ssehingga kemarahannya reda.

5. .....Penat
* Jangan mengadu perkara @ bercerita tentang hal2 yang remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yang secukupnya dan jangan memaksia dia membuat sesuatu yg boleh menambahkan kepenatannya.

6. .....pentingkan diri sendiri
* Cuba kamu berterus terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Toleransi amat penting dalam sesebuah perhubungan. 

7. .....mengongkong
* Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut sahaja cakapnya takut memudaratkan diri sendiri. Untuk itu kamu perlu berkata kepadanya untuk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejaskan hubungan kamu berdua.

8. .....selamba
* Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yang boleh menarik perhatiannya. Orang selamba ini selalunya ingin kita yang memulakan dahulu. So, kamu patut merancang sesuatu bagaimana untuk menarik perhatiannya.

9. .....Curang
* Jangan tuduh tanpa usul periksa. Jika betul si dia curang, bersemuka dan tanya mengapa dia bersikap sebegitu. Tapi jika dia tetap dengan keputusannya, lebih baik kamu sendiri yang berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati. 

10. .....lurus bendul
* Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jangan sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan orang lain.





0 comments:

Post a Comment

Copyright@assha84