Followers

Friday, January 20, 2012

Marah Melampau Boleh Seksa Pasangan


Engkaulah isteri, engkaulah ibu, engkaulah pejuang di medan umat. Sungguh perit dugaan hidup yang dihadapi dan wanita ternyata membuktikan dirinya setanding dengan lelaki. Tetapi bukan bermakna dia boleh memperlakukan suaminya dengan sesuka hatinya tanpa mengikut nilai-nilai agama.


Walau setinggi mana pun pangkat dan darjatnya dia tetap seorang isteri di rumah. Walaupun dia seorang ketua di pejabat, namun di rumah dia tetap seorang isteri dan menyerahkan hatinya untuk suami tercinta. Suami adalah ketua dalam keluarga.

Perasaan marah  berasal daripada hasutan syaitan. Setiap isteri harus berwaspada dari panahannya. Marah akan menimbulkan kekasaran dalam bercakap, kekerasan dalam bertindak dan dendam dalam perasaan.


Jika mahu memarahi suami kerana tidak berpuas hati dengan perangainya yang kurang amanah, pemalas, pengotor, membazir dan sebagainya, memang anda patut menyatakan kemarahan anda supaya suami tahu dia bersalah. Tetapi perlulah marah dengan tujuan memperbaiki suami, bukan mempersenda, menghina dan mencaci maki semata-mata mahu menunjukkan anda lah yang kuat. Jagalah adab sopan sebagai isteri solehah....InsyaALLAH...AMIN...(",)

                                                                       

0 comments:

Post a Comment

Copyright@assha84