Followers

Tuesday, January 17, 2012

Kata-Kata Indah

Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan menguji sejauh mana kebodohan kita. Tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa lantas meminta pengampunan dari-NYA akan lebih menjamin kehidupan di dunia dan akhirat...

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dipakai, susuk yang ditampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seseorang wanita itu haruslah dilihat dari matanya kerana di situlah hatinya, tempat di mana cinta itu ada.....

Sayangilah usia kita kerana sekali ia pergi tidak akan ada pengulangan kembali.....

Cinta hadir tanpa diduga
Kadang ia pergi tanpa rela
Datang kepada mereka yang percaya
Wujudnya cinta sejati
Dan berlalu pergi
Bagi mereka yang merasa ragu akan kewujudannya

Jika anda menyayangi seseorang itu kerana ALLAH, maka janganlah bertengkar dan berbalah dengannya, janganlah menanyakan sesiapa tentangnya kerana orang yang ditanya itu mungkin memberitahu anda perkara yang mengelirukan sehingga boleh menghalang perhubungan anda dengan orang tersebut...

Hidup tidak boleh berpandukan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama yang harus difikir ialah menerima atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan.....

0 comments:

Post a Comment

Copyright@assha84