Followers

Tuesday, January 24, 2012

Keperluan Asas Suami


Hello....assha blog2u ingin berkongsi dengan anda berkaitan keperluan asas seorang suami,
selain daripada keperluan batin, para isteri juga seharusnya tahu akan keperluannya yang lain. Suami adalah lelaki yang mahu dilayani, mahu disentuh dan mahu dimanjakan.
Tips ini diharap dapat membantu para isteri untuk mengekalkan kebahagiaan dan keharmonian dalam rumahtangga.

1. TEMAN
Bukan saja teman sebagai pasangan, tetapi teman yang boleh berkongsi pelbagai cerita, bukan tertumpu kepada cerita rumahtangga dan anak -anak sahaja.

2. SOKONGAN
Ramai isteri sering menjatuhkan mental suami berbanding memberi sokongan.
Menghina atau menyatakan perkara yang negatif tentang suami akan membuatkan mereka kecewa tanpa disedari.

 
3. HARGA DIRI
 Namun kadang kala peranan isteri pula yang lebih dominan hingga mengubah keadaan.
Harga diri suami boleh tercalar bila isteri mula mengatasi kedudukan mereka sbgi ketua keluarga.
Suami adalah ketua keluarga yang harus dihormati dan ditempatkan di kedudukan yg seharusnya.

0 comments:

Post a Comment

Copyright@assha84